Wednesday 19 December 2012

Kasih Seorang Ayah

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Assalamualaikum w.b.t

Semalam masa saya tengah online ada seorang sahabat yang post tentang seorang ayah yang sanggup bersusah payah untuk hantar anaknya pergi belajar. Pengorbanan mak mengandungkan dan melahirkan kita memang kita akan kenang seumur hidup ni tapi pengorbanan dan jasa ayah kadang-kadang kita lupa.


Itupun ada ramai lagi anak-anak derhaka diluar sana yang tak tahu menghargai ibu bapa mereka sendiri. Parents bersusah payah membanting tulang untuk memberi kesenangan kepada anak tapi anak pula membuat ibu bapa mereka menjadi pengemis, mengemis kasih sayang dari anak-anak.


Okay, membebel pun sudah, jom baca cerita kat bawah ni. Semoga ianya menjadi pengajaran kepada korang semua.










Demi anak pakcik ni sanggup menghantar anaknya. Mereka tinggal di Gombak dan menghantar anaknya di IPG Melaka.

Nak di jadikan cerita pakcik ni tersalah jalan masuk
 seremban dari gombak dan terus ikut bukit putus melalui Kuala Pilah untuk ke Melaka melalui Tampin. Katanya lagi,mereka berdua beranak bertolak dari Gombak pukul 3 pagi dan bersolat subuh di Nilai kemudian meneruskan perjalananan dan sarap
an di Kuala Pilah.

Mendengar cerita pakcik ni, dalam hati aku berkata, "balik dari Melaka ni aku akan ikut jalan balik ke Seremban ikut jalan yang pakcik ni lalui tadi" ... bila sudah abis selesai di IPG (Institut Perguruan), balik je terus ikut jalan tersebut iaitu dari Melaka ke Seremban melalui Tampin dan Kuala Pilah. Boleh tahan juga jalan tersebut dengan selekohnya yang tajam dan lori lagi......

Cuba kita bayangkan pakcik ni dengan anaknya melalui jalan ni dengan beg dan bekalan mereka....sebak hati bila mendengar cerita pakcik ni...
Di kesempatan ini aku sendiri mempelawa pakcik ni pada hari jumaat ini "pakcik tak perlu la amik anak pakcik, nanti saya akan hantarkan anak pakcik sekali ke Gombak"....

Sayu hati melihat wajah seorang ayah yang sanggup bersusah payah untuk anaknya agar anaknya sentiasa berjaya depan matanya sendiri...
Semoga Allah memberi rezeki yang melimpah ruah pada keluarga pakcik ni....

Pada semua,hargai la ayah, bapa, walid, daddy, papa, baba,abah kita selagi mereka masih hidup... Kasih mereka tidak pernah luntur untuk kita yang bernama anak.

- Pena : Kee Perantau Simpang Tiga -

Jangan ingat kita lah orang yang paling hidup susah, ramai lagi yang lagi hidup susah berbanding kita. Ingat juga, jangan kita sombong, kedekut ketika kita senang, kita belum tahu bagaimana kita di hari kita susah nanti. renung-renungkan dan selamat beramal!

- Pena : Kee Perantau Simpang Tiga -


p/s : saya harap anak pakcik ni akan menghargai pengorbanan ayahnya. Saya sayang ummi, abah dan adik-adik saya.

No comments:

Post a Comment